Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Movie Review- Thor


So semalam ialah masanya nak guna tiket free dari Nuffnang..Hajat di hati nak tengok cerita FastFurious 5 atau Rio...tapi sebab main redah je cinema dengan Mr.Rider, ini aje cerita yang masanye dekat-dekat. So aku macam taktau cerita ni pasal ape, terus redah. Mula-mula dah nampak dah ni ialah movie dari Marvel.. so my mind macam...its gooottaaa be gooooooodddd! Janganlaaahhh macam SuckerPunch aritu..aku sangat frust tengok SuckerPunch.

Cerita ni ada action dan lawak-lawak selamber which sayaa sangat sukaaa!! Seriously aku kenal dua je pelakon dalam ni, Natalie Portman dan pemegang watak Queen. Lain-lain, sorry lah.

Suprisingly, I love this movie!

Not bad at all.. Plot cerita ok boleh tahan, sehingga berjaya membuatkan aku menahan chichi, takut tertinggal action-actionnye. Selalunye aku tak kisah keluar wayang untuk ke tandas. Tapi ni buat aku melekat atas kerusi. Boleh bayangkan? Siapa suka tengok Ironman, aku rasa akan enjoy movie ni sebabnye actionnye tak terlalu berat :). Sape yang stok layan movie romantik je manjang toksahla tengok eh.

And buat pengetahuan semua, cinema tu almost full dengan pengunjung. Siap ade yang bawak baby.

And when it comes to rating, aku bagi 3 3/4. Hahahaha boleh? Bolehhh jerrrrr..sebabkan aku sendiri tak ingat komik Thor, so aku macam kompius cerita ni sebenarnye mengenai ape (pada mulanye laa). Overall aku boleh recommend korang pegilah tengok cerita Thor ni. Best!

Note: Tak sabar nak tunggu Transformers 3.

Friday, February 11, 2011

Ngangkung ker?



Aku masih tak faham macamana filem Ngangkung boleh dapat kutipan 8 juta..Memang agak kelakar tapi tak cukup kelakar.EH,bole ke camtu? Boleh jela ek. Penyampaian cerita tak berapa menarik. Lawak kosong, cuma diserikan oleh kehadiran Mazlan Pet-Pet.

Aku Masih Dara lagi best kot.Sekurang-kurangnya memang ada pengajaran and nampak apa nak disampaikan walaupun bahasanye agak....haih. Cerita lebih kurang Syurga Cinta, masih ada unsur-unsur Islamik walaupun posternyer agak ..kureng. Tapi isinya lebih straightforward sebab tu ayat pun straightforward gitu.[disarankan yang ade anak-anak kecil, tak digalakkan menonton bersama dorang, nanti dorang banyak tanye.Kalau BI takpe dorang boleh buat tak paham, tapi ni BM, jenuh korang nak menjawap ayat-ayat baru BM yang agak lucah]

Ops,terkantoi tengok 2 cerita melayu. Ahahaha.

Nak buat camane, papa dah beli dua-dua CD tersebut.

Yang penting, aku sokong cerita Melayu kecuali yang dihasilkan oleh pengarah dari utara nun.Tak tau tang mana bestnya. Alaaa..pengarah tuttttt.

Sunday, September 26, 2010

Oh weekend yang bersukaria~~


Harini ialah hari melayan karenah anak tekak kami yang sememangnye mengada.
Dimulakan dengan si dia mengidam nak makan nasi campo- lauk ikan keli belada.
So makan kat Sg.Buloh..memang puas hati giler...ikan keli nyer BESARRR PUNYEEERRR!!
Fuhhhh *lap air liur*..terhebat!

Walau perut kenyang- gendang gendut tali kecapi; kenyang perut senang hati,*ewahhh*,aku tetap nak beli Cheesetart pojaanku~~ Memula si dia cam jual mahal,perut kenyang la apela, muke cebik-cebik. Last-last bile aku suap jek, dia nganga. Suap, nganga. Tak suap pun, nganga. EH??HEK ELEEE habisla cheese tart akuuuuuuu... T_T

Haaaaa..Tau punnnn sedapppppppp...sedap gile kot, aku dah try macam-macam cheese tart, rase entah ape-ape...takde rase cheese, then mahal tapi belum ade lagi yang se cheese,selembut,sesedap ini. Kerak tepi dia pun aku suka.Si dia pun da tangkap chentan sama ini cheese tart sampai nak beli lagi lenkali.Sangat HEAVEN! Memang aku rekemen kepada cheese-lover. Tak percaya tengok ni:


Iklan jap: Cheese tart baguzzz~! Sekali cuba, pasti nak lagi! ekekeke!


Nama kedai : Village Cake House

Lokasi : Bandar Baru Sungai Buloh

Harga Cheese tart : RM 2.20 satu
Rate : 5 Stars by Eza Zainal


Tengok tuh, tuu diaaaaaa...siap angkat-angkat kaki. Taula aku drebar of the day. Mementang saket tangan, dikerahnye aku jadi buruh di hari kejadian sementara beliau duduk di sebelah sambil goyang-goyang kaki.Eh Eh??Karate tangan baru tau.. Hahaha..haih, tak kerana kasih, tak rela hamba turutkan..mwahahah~Nasib baik kasih,hamba rela turutkan.'Kaki' seluar pun hamba rela lipatkan tetengah orang ramai tau......~

Ok cukup mengarut.Then petang sket singgah tengok orang berlakon dalam lif. Giler low cost agaknye cerita ni kan?
Ni ha: DEVIL-Rate 2 1/2 by Eza Zainal.

Entah,macam tak best sangat. Okla tipula tipu aku ade jugak tekezut tekezut sampai si dia sengeh je tengok aku.Memang cis laaa. Tapi........cerita ni macam takde modal nak cerita ape.Tengok sendiri baru tawww..Hehe.

eh eh,oklah nak gi dinner dengan family.Papai!