Friday, April 8, 2011

The making of Bergedil Daging

Bergedil. How do we spell it correctly? Bergedil? bergedel? begedel? Ahhh..forget about the spelling... Sejak nenda I ade di rumah. I memang suka mengacau nenda I memasak. And newest recipe ialah membuat bergedil daging..sonang ajo rupenye..ingatkan susah sangat, tengok resipi macam susah je [padahal malas nak buat..hehehe].

Ok,bahan-bahannye ialah:

  • Potatoes - [4@5 biji boleh buat dalam 20 or less biji comel bergedil]
  • daging cincang Ramly [bergantung korang nak banyak mana..I guna 3/4 peket.nak lebih rasa daging,boleh guna 1 peket daging cincang untuk 20 or less biji comel bergedil]
  • bawang putih
  • minyak masak
  • daun bawang/daun sup - dimayam halus
  • minyak masak
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • tukang masak [eh?]
  • telur [di pukul]

Cara-cara membuat:

  1. Goreng bersama minyak-Buang kulit kentang, Potong potato halus-halus , kemudian goreng. [tujuan potong halus ialah untuk mempercepatkan proses menggoreng]. Selepas masak, angkat dan toskan dan terus lenyek sehingga hancur ketika masih panas.
  2. Goreng bersama minyak- bawang putih,toskan dan ketepikan.
  3. Goreng tanpa minyak- daging cincang.
  4. Proses penggaulan- kentang lenyek, daging cincang, bawang putih, daun bawang/daun sup,garam,lada sulah... atau ape-ape tambahan yang korang suka.
  5. Proses pembentukan-Apelagi, bentukkan la. I suke bentuk comel-comel.Yelah,comel seperti I [muntah!].
  6. Proses penteluran ,erk]-Siap. Boleh simpan atau kalau nak goreng, sila celup dalam telur sebelum digoreng.
  7. Proses pemakanan-SIAP dan MAKAN!!



Suka betul bab bentuk-membentuk ni. Heee~


Note: Bergedil kat kedai usuallynye keras. Diorang guna tepung untuk mengurangkan kos tambah potato atau daging. Tapi I still tak faham kenapa sebijik bergedil kadang-kadang boleh mencecah RM2.50[ sebesar mini Jco Donut]. Mahal kot!

2 comments:

Mama Melissa said...

wah! walaupun fini tak pernah makan, tp tgk gambar begedil ni mcm nak try laks... thanks for the recipe.

Eza said...

try lah..mix&match ikut suka hati sendiri...hihi..gudluck! ;)