Thursday, March 3, 2011

Korang kene saman tak?

Uh oh..as far as ive concern, aku takde saman [fuhhhhh alhamdulillah]...belum pernah kene saman kecuali saman parking MBSA . Hehehe..puncanye nak gi dating, gi park dengan penuh YAQIN takkan ade pegawai cek. Dan-dan lepas syok dating, dapat surat cinta dari ah-bang MBSA rm30. Ambik ko padan muke kat diri sendiri.

So tadi dengan penuh bedebar ,aku try cek saman thru SMS:
  • type POLIS SAMAN ABC123 [no.plat], hantar ke 32728 atau;
  • type POLIS SAMAN 88010203050607[ic], hantar ke 32728 atau;
  • untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
  • Kalau mahu detail saman dihantar ke alamat email, taip POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Then aku try gak ni:
  • type POLIS SAMAN ABC123[no.plat] dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
Aku dah hantar SMS kat dua-dua nombor ni tapi seperti tahun lepas, takde reply. Aku sarankan diorang tutup je perkhidmatan ni. So aku try;

Ponnnn tak habis-habis loading. Dari pagi aku try. Aku ade sedikit rase macam nak hantuk pale kat dinding.Tadi ade la dapat register dulu, bila cek email untuk verification, aku copypaste nombor untuk verification kat website government tu, tetibe loading lagi sekali dan lagi dan lagi dan lagi. Bagus betul semua rakyat Malaysia.Menggunakan perkhidmatan internet dengan jayanya.

Setelah 2jam, akhirnye aku dapat reply SMS jue. Time nak bukak sms tu seperti nak membuka slip exam. Aku hampir pitam pabila ahbang polis internet kate aku ada 1 saman. Lalu aku dengan pantas sms lagi dan mintak detail dihantar ke emailku. Bukak je email, aku terus jadi pelik bin ajaib bila dapat tau yang tu ialah ialah saman tahun 2008 [speeding]. Tapi tahun-tahun sebelum ni aku cek clear jek??Aku betambah pelik gak sebab dah beberapa kali aku renew roadtax dengan jayanya..takde papeplak. Aku still tak puas hati, lalu aku masuk ke:


Kedua-duanya tulis takde saman. CLEAN & CLEAR. Nampak tak aku bold kat disitu kot-kot korang taknampak. SO apakah??? Ade sesiapa boleh jawap keraguan dihatiku ini?Ade sumber lain yang aku boleh cek lagi? Sementara diskaun yang kerajaan bagi yang telah dilanjutkan sehingga 10 MAC ni. Hahaha. *pitam*

Note:Orang lain dah selamat bayar saman, aku baru terhegeh-hegeh nak cek. Hehehehehe. Puncanya aku baru nak cek sebabnye tak penah dapat surat saman.Huhuhu.

1 comment:

pakcik gumbira said...

hahaha. hebat2. pemandu cemerlang