Monday, November 5, 2012

After awhile..

Allah..
I have been away from my blogging life for quite sometimes..
I missed blogging tho....tapi kesibukan bekerja sangat membataskan pergerakan ku.
Being the one who runs her family business definitely not easy. Despite being unofficial accountant, aku juga lah HR person, marketer, yang menjaga  operation , juga yang bertungkus-lumus bekerja kadang-kadang lebih 16jam sehari selama hampir setahun. Aku juga pernah tak cuti selama 3 bulan berturut. Kerja lag kau 16jam sehari, 7 hari seminggu.

PENGSANNNN!



But syukur i enjoy my working life so much. I started from zero  


 And the most important thing is....im surrounded by my drug- COFFEE!!



Dont u guys just love coffee?



Sunday, August 26, 2012

Berpantang sampai 8 bulan!

Wah, surprised surprised.. hello world!

8 bulan aku membusykan diri sampai tak berbloging.

Orang mengandung pon dah nak dekat terberanak macamni. Hehe.

Eh, hai blogspot! *kesat-kesat mata*

Sunday, January 1, 2012

1.1.12

New year.

New place.

New experience.

New car (eh?) *fingers-crossed*

*
*
*
*

*korek tabung*

Sunday, December 25, 2011

Disember itu.

Kelam sebelum
Berwarna kemudian
Sedikit pudar namun satu tetap dihormati,dijaga
Dihujungnya ada racik
Selepas satu, bukan dua
Tidak bernoktah


Kelam sebelum
Pelangi kemudian
sedikit pudar namun dua menghormati, menjaga
Tiada satu, tiada dua
Adakah noktah itu?




25.12.11
CP Cafe.

Friday, August 19, 2011

What type of coffee are you?




Mine is either Caffe Latte or Cappucino!

SLUUURRRRPPPPPPPpPPPpp!

Now tell me, korang prefer lepak mana?
Starbuck? Coffee Bean? Gloria Jeans? Kopitiam?

Sunday, August 7, 2011

Zinger burgerku dikerat empat.


Untung budak zaman sekarang. Belum habis tingkatan 5,makpak kau dah limpahkan kau dengan benda duniawi yang tak kekal. Bagi HP 3G (mana main basic -basic hp nih!), laptop/komputer dan kamera DSLR. Semua nak bersaing sesama sendiri. Ikut trend la konon. Tak paham betul aku. Cer tengok result exam kau ikut trend ke tak??

Dulu..aku time makan pun kene share. KFC tu aku jengah setahun sekali dua je kot.

Bayangkan ajelah nak makan zinger pun kene kerat 4 sebab kena share dengan lagi 3 orang adik-beradik.....Punyelah mak aku nak ajar aku erti sabar dan tak meminta dan berkongsi. Nak mengajar kami tak biasakan makan fastfood katanye. Maka jadilah aku yang sekarang. InsyaAllah sampai bila-bila...Aku rasa budak sekarang kalau tak dapat apa diorang nak, sure muncung panjang berkangkang-kangkang, takpon air terjun keluar dari mata.

Note: tengok gambar zinger tiba-tiba mengidam. Alamak!

Saturday, August 6, 2011

Diet ke?



Sejak balik dari UAE ni rata-rata yang jumpa aku mesti cakap aku mengurus.

Haaaaaaaaaa...mata terus bersinar-sinar.


DIET? Neahhh...i eat what i want. Belum pernah diet sebab rasanya badan aku memiliki tahap metabolisme yang agak tinggi. SO kadang-kadang kadar aku mencekik tu diluar jangkauan minda korang.

Balik rumah cepat-cepat dengan gigih naik atas penimbang .

*
*
*
*
*
kurang 1 kg.


SIGH!
Aku rasa la kan.... orang yang kata aku mengurus mungkin mengalami gangguan ilusi/penglihatan.

*kecewa.............................*



Note: Mungkinkah akibat pengurangan lebihan lelemak jitu dibahagian yang tak diingini telah berkurangan, sebab tu diorang kata aku kurus kot? Huih..tak sia-sia mak selalu jogging nok~Penat keje pon gigih jogging. weeee~~~

Sebulan selepas...

July.. Bulan berpuasa blogging.
July bulan yang busy,bulan yang tensyen,bulan berjalan,bulan pembelajaran.

Oh eza, cakap je la kau malas nak berblogging!

Errrrr.........

Wednesday, July 6, 2011

Main tukar-tukar template.

Bila dah terlebih rajin, inilah yang terjadi. Kesudahannye buat sementara ni template blog aku sangat tak best dan huduh dan buruk dan entahapeape. Sebab tak berkenan di hati template yang lain.Tunggu jelah lain masa nak edit ye..

Tido lah eza, karang nguap lagi dalam opis. Haih.babai gudnite! ZZzzzzzzzzzz..........

Tuesday, July 5, 2011

Hantu Coffee.



Lain orang,lain favouritenye. Maybe sesetengah orang addicted untuk shopping,merokok,kumpul gadjet ect. Aku plak addicted kat coffee. Tak kisahlah Starbuck ke, Coffeebean ke, Kopitiam ke, Nescafe ke..3 in 1 ke...pasti tiap hari harus pekene jugak! Sehari tak minum rase macam puasa sepanjang hari. Haih. Parah ni!

Aroma die ..fuhhhhhhhh menikam kalbu~~ Bak kata kak Ida * my ex-boss*- "Hanya kaum kita je rase bau coffee is aromatherapy". She is sooo true. O-yeah!

Buat hantu coffee seperti diriku diluar sana, jangan minum lebih 3 cawan per day. Tak baik untuk kesihatan.


Note: Malam kene minum Greentea untuk menyahtoksik kan balik..disamping untuk menjaga kesihatan juge kesihatan kulit...*wink*

Friday, July 1, 2011

Aku hampir kene lempang dengan Makcik Eton :(

Ok,mula-mula korang pahamkan gambar di atas dulu. Tu bukan kotak eh. Tu kereta. Si oren itu milik aku, si ijau itu milik makcik Eton (bukan nama sebenar).

Selalunye aku tak suka orang yang masuk simpang terus tak bagi signal, tapi kalini makcik Eton terlebih rajin bagi signal. Gini ceritanya...

Tadi balik dari jogging, tengah sedap melalak lagu JLo dalam kereta , aku pun memandu dengan penuh hemah. Now sila rujuk gambar di atas- aku tengah nak masuk simpang kanan, lalu aku nampak kereta makcik Eton bagi signal nak masuk kiri. Dengan penuh sopan-santun dan penuh yaqin, aku masuk simpang kanan. Tiba-tiba.........makcik Eton dengan muka menyinga angkat tangan kiri seolah nak bagi pelempang. AIK? Aku terus cemas dengan wajah menyinga makcik Eton.

Laaaa...rupenye makcik Eton nak terus ..yang makcik Eton bagi signal kiri tu nape? Aku hanya mampu toleh side mirror dan nampak lampu signal kiri makcik Eton masih menyala sepanjang-panjang makcik Eton drive. Rasa macam nak patah balik dan ketuk pintu makcik Eton suruh offkan signal. Makcik Eton ni buat I suspen je taw..Nasib baik makcik Eton pun memandu dengan agak berhemah tadi, so kemalangan telah dapat dielakkannye adoi~

Korang ni paham cerita ke tak? Makcik Eton tak off signal la kirenye. Dia nak pegi straight tapi bagi signal kiri. SO hampir berlanggar disitu sebab aku pun bile nampak die bagi signal,terus keluar ke kanan. Ok nak tengok tv. Babai!

Sebulan puasa blogging.

Selama sebulan aku takde mood nak berblogging. Entah nape tetibe rase malas sangat nak berblogging.....Takde bahan. Ha,menipulah tu. Bahan sentiasa ade cume kemalasan ditahap tertinggi.Mahapkan diriku. Mahapkan ke tak? Mahapkan lah eh eh eh~

Tapi bila aku bukak je blog sendiri dan tengok pageviews mencanak naik,aku tekejut sendiri *sambil gigit jari*. Ramai rupenye penskodeng aku. Hahaha.Skodeng lah,gua tadahal munye....Skodeng dan responlah,jangan stalk ok.Oklah,kerana penskodeng seperti koranglah ,aku harap tahap kerajinan aku mencanak naik semula lepasni.Tapi malangnye sekarang aku mau pegi makan dulu. Ayam tandoori suda memanggilku.

babai darling-darlingku!

Wednesday, June 1, 2011

Scary rings...eeeeeee!!


Jom tengok cincin-cincin yang scary ni.Ada berani lu olang mau pakai???








No.2 tu tak boleh blah..tu kes sayang sangat gigi sampai tak nak buang ke? Yang last skali plak tak boleh bayangkan kalau peragut ternampak cincin itu dengan sekilas ,lalu................ erk!


Tuesday, May 24, 2011

Perompak merompak yang dirompak.


Apa perasaan you all bila rumah yang baru dimasuki tak sampai sebulan dimasuki pencuri and habis segala barang kemas/elektrik dalam tu???

Kesian kan?

Malam semalam rumah cousin aku dimasuki pencuri. Baru nak merasa rumah baru kot.Yang tragiknye, perompak tu BERKOPIAH...memalukan islam je weh! Yang bestnye merompak PETANG, siap BAWAK KERETA masuk dalam kawasan rumah...waduh waduh, ini konsep baru ni-merompak sukahati..takpayah pepenat tunggu malam..siap boleh angkut carpet kot??? Aik, ko nih dah miskin sangat ke rumah ko takde karpet eh? kesiannnnnnnnnnnnn.... Siap orang sebelah dengar bunyi radio bagai.. eh eh, macam tuanrumah plak ko ek...

Jiran-jiran yang tak berapa dikenali [baru sebulan pindah kan?], hanya nampak orang berkopiah dan berkereta je..disebab kan merompak waktu petang,dorang tak suspect ape-apela...

Yang bestnye kawasan perumahan tu ade guard.....yang tak catit sebarang nombor plat kereta yang tak dikenali. Wife cousin aku suspect maybe guard ni bersekongkol..yelaaa,takkan tak pelik kereta tak bersticker keluar kawasan perumahan dengan barang penuh dalam kereta [siap angkut tv besar bagai..barang kemas habis licinnnnnnnnn].

Aku rase dorang merompak adela dekat sejam lebih-lebih. Yela siap boleh angkut banyak barang and sempat selongkar album kawen..ini yang bahaya ..takut diorang songlap sekeping dua buat simpanan..hmmmm. Diorang ni konsep merompak apeni? merompak & santai????

Ahhhh gilaaa ini semuaaa..tetibe aku teringat perompak berkopiah dan berjubah kat kedai baru-baru ni keluar paper..sekeluarga lagi tu....sekarang orang baik pun sebenarnya kita harus berhati-hati.....orang takbaik pun aku ushar semacam...ini nampaknye semua orang pun aku kene ushar semacam ke eh?? erkk!

Thursday, May 19, 2011

Acid splasher demyuh!

Gambaran polis- acid splasher [indian guy]


ALERT!!! someone just get splashed with acid at Summit area and Shah Alam (PKNS) recently. Acid splasher in the run!



This is the latest news- ade lagi mangsa asid di summit dan di area PKNS. Yang membimbangkan sekarang, yang bawa kereta pun harus berhati-hati, sila rujuk ni:





Plate no. MAC1841 & WPV4963.
Spread the news.


Ok, after google-ed for awhile, ada pihak yang kata plate no. ni tak boleh pakai. Alright then, ignore aje plate tu tapi sila hati-hati walau apa pun! Sejak 2 Mac, dah 23 orang tak berdosa jadi mangsa, including baby, this is tooooooooooo much, psycho !!!!


Note: nak duduk rumah je taknak keluar boleh?

Tuesday, May 3, 2011

Misi mencari air terjun di pagi 1 May!

Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata betapa bestnya mandi-makan-mandi-makan-mandi....dari 9pagi sehingga 2.30 petang. Best...oklah aku taknak cakap banyak,sile enjoy gambar:




Lokasi: Hutan Lipur Sungai Tua

Saturday, April 30, 2011

Movie Review- Thor


So semalam ialah masanya nak guna tiket free dari Nuffnang..Hajat di hati nak tengok cerita FastFurious 5 atau Rio...tapi sebab main redah je cinema dengan Mr.Rider, ini aje cerita yang masanye dekat-dekat. So aku macam taktau cerita ni pasal ape, terus redah. Mula-mula dah nampak dah ni ialah movie dari Marvel.. so my mind macam...its gooottaaa be gooooooodddd! Janganlaaahhh macam SuckerPunch aritu..aku sangat frust tengok SuckerPunch.

Cerita ni ada action dan lawak-lawak selamber which sayaa sangat sukaaa!! Seriously aku kenal dua je pelakon dalam ni, Natalie Portman dan pemegang watak Queen. Lain-lain, sorry lah.

Suprisingly, I love this movie!

Not bad at all.. Plot cerita ok boleh tahan, sehingga berjaya membuatkan aku menahan chichi, takut tertinggal action-actionnye. Selalunye aku tak kisah keluar wayang untuk ke tandas. Tapi ni buat aku melekat atas kerusi. Boleh bayangkan? Siapa suka tengok Ironman, aku rasa akan enjoy movie ni sebabnye actionnye tak terlalu berat :). Sape yang stok layan movie romantik je manjang toksahla tengok eh.

And buat pengetahuan semua, cinema tu almost full dengan pengunjung. Siap ade yang bawak baby.

And when it comes to rating, aku bagi 3 3/4. Hahahaha boleh? Bolehhh jerrrrr..sebabkan aku sendiri tak ingat komik Thor, so aku macam kompius cerita ni sebenarnye mengenai ape (pada mulanye laa). Overall aku boleh recommend korang pegilah tengok cerita Thor ni. Best!

Note: Tak sabar nak tunggu Transformers 3.

Friday, April 29, 2011

Kegilaan yg menggilakan aku- addicted kat Masterchef tv series !



Waghhhhh...!! gilenyeee!! gilenyee!! camane tak gile..tiap kali tengok Masterchef jek klua maknan sedap-sedap.....tergugat iman aku. Tiap kali tengok je sure kene saing dengan makanan dalam tangan aku. Sanggup pause Astro , dan turun dapo cari makanan kottt. *apakah??*


Juara Masterchef US- Whitney Miller,22 tahun. (peserta pertandingan yang termuda). Dahla cantik, berbakat plak tu. Asal aku bukan camtu eh? *tetibe..*. Haih, aku dedua gagal. Haih.


Juara Junior Masterchef Australia- Isabella(izzy) ,12 tahun, bersama hidangan terakhir dalam pertandingan. Izzy sangat cool time memasak. Best tengok! Specialty beliau ialah Italian Cuisine.


Edisi pemilihan Top 20- Isabella dan her twin sister, Sofia.
Diorang merancang nak bukak restaurant sendiri yang akan diberi nama Is-Sofia. Cute ey?


Aku sangat envy dengan dua orang ni. Mereka ialah juara kepada Junior Masterchef Australia (Isabella) dan Masterchef US (Whitney Miller). Dan dua orang ni memang aku sangat tunggu-tunggu kemunculan diorang. Tak tersangka jadi winner plak dedua nye.

Walau aku bukan pro memasak, tak sangka aku akan jadi begitu khusyuk sampai macam nak lekat muka kat tv tiap kali tengok diorang ni memasak. Sangat pro ok! Diorang juga telah berjaya membuatkan aku sanggup rakam bila tertinggal episod (terimakasih Astro Beyond!) mengalahkan menonton rancangan membuat kuih raya yang dihost oleh Chef Wan tiap kali raya nak tiba.

Tapi yang peliknye aku tak jugak pro masak walau suke tengok rancangan masakan. Cane tuh? Bolehla masak family...dan juga untuk bakal suami. Eh, tak sangka tergatal pulak.. *malu*. Dulu time belajar masa degree pon almost everyday masak sendiri tau [walau time nak mintak resipi kat mama tu, mukadimahnye harus kene bebel dulu sebab selalu dulu lari time masak. mwahahaha. Hey, aku bukan taknak masak tapi selalu kene jadi tukang basuh pinggan ajew,camane tuh?? mak aku masak sangat cepat ok.].Tapi kalau nak masak ala chef 5 stars memang tak boleh lagilaaa kannn...


Hurm... kenapa takde pertandingan merasa makanan? Dah tentu aku sanggup berebut sampai potong barisan time nak ujibakat semata-mata nak jadi peserta..hurrmmmph.


Note: sekarang Astro tengah cari peserta untuk Masterchef Malaysia. Anyone interested?? Jom test kat aku dulu bagi aku komen dulu..egegegege

-Keratan akhbar mengenai MasterChef Versi Malaysia


Wednesday, April 27, 2011

Aku mimpi ngeri malam tadi :(



Penatnye... macamnilah keadaan aku bila bangun tido pagi ni. Otak penat, badan pun penat. Pagi-pagi dah dapat sms dari Mr.Rider, nak bukak sms tu kemainnn liatnye.camane tak penat, malam tadi aku marathon mimpi sampai 5/6 mimpi. Rasa macam jauh gile perjalanan aku.Mula-mula aku perasan time nak tido tu aku rasa macam liat sangat-sangat nak alih tempat. Aku nak mengiring, tapi tetibe rasa berat sangat badan dan tiba-tiba rasa seram. Terus paksa sepaksa-paksanya beralih tempat. And then bermulalah berbagai-bagai mimpi...dari berjumpa dengan ex-boifren, shopping, ke mimpi seram.

wadehekk?? >.<'


Aku rasa mimpi seram tu majoriti sebab sampai nak sedar pun mimpi seram. Macam aku mengelak dari dikejar benda-benda tu..Penat je suspen dalam mimpi taww...Akibatnye badan rasa berat bila bangun.Tapi sekarang aku lupa apakah mimpi-mimpi aku malam tadi.Penat je marathon tau malam tadi. Roh aku banyak sangat berjalan kot malam tadi. Haih, kemana je kau pergi wahai rohku?


Note: nak kata tak basuh kaki sebelum tido, dah. Nak kata tak baca Qursi, siap 2/3 kali baca.

Monday, April 25, 2011

Budak berbulu yang suka mandi..


Antara ketiga-tiga budak berbulu yang family aku bela, yang ni paling baik sekali time nak mandikan. Korang tengokla tu..Paling best sekali bila nak cuci bahagian perut, Smokiey automatik angkat sebelah tangan kiri setinggi boleh nak bagi ruang aku basuh kat situ, comeeeeeeel ok.merelakan aje gituuu.Tak payah aku nak bergusti nak mandikan.alahaiiiii sopannyeeee anak sapeee la niii...mmMmm gerammmmm..camana tak selalu kene gomol dengan aku?


Muka harus maintain kerek macam biasa..

More pictures coming soonnnnnn...